Daun sirih merah mempunyai pelbagaia khasiat kepada anggota dalaman dan luaran badan iaitu ia digunakan secara tradisional sebagai bahan berkumur yg boleh membunuh bakteria dalam mulut.Penggunaannya sangat mudah iaitu ambil beberapa helai daun sirih merah,cuci hingga bersih dan rebus.Air rebusan itu kemudian dijadikan sebagai bahan berkumur.
Untuk menjaga kesihatan dalaman,minum air rebusan daun sirih itu secara kerap kerana dapat menghindari pelbagai penyakit dan memastikan tubuh sentiasa sihat serta bertenaga.Ia juga dikatakan dapat membantu menurunkan paras gula dalam darah hingga ke tahap normal.
Selain itu,ia juga bermanfaat menghilangkan jerawat dan menjaga kebersihan wajah.Cara penggunaannya ialah ambil 10 helai daun sirih merah,cuci hingga bersih kemudian tumbuk halus.Campurkan daun yg ditumbuk itu dengan air panas.Tunggu beberapa saat sebelum mengambilnya untuk mencuci muka.Lakukan dua kali sehari untuk menghilangkan kesan jerawat.Ia juga baik untuk menghilangkan bintik hitam di wajah.
No comments:
Post a Comment