Assalamualaikum..Manusia dianugerahkan Tuhan dengan kelebihan dan kekurangan.Ada yg dilahirkan otak yg baik dan sebaliknya terutama apabila bercakap mengenai pelajaran.Lumrah sekiranya murid-murid yg diajar mempunyai tahap pencapaian yg berbeza.So,kali ni Za nak share beberapa tips untuk memudahkan korang menghafal..
1.LEBIH AWAL
-Kebanyakan pelajar suka belajar apabila dekat dengan tarikh peperiksaan.Ketika itu baru kalut nak ulang kaji.Kenapa tidak bermula pada awal?Sedangkan banyak yg perlu dihafal dan ditelaah.Masa singkat beberapa minggu sebelum peperiksaan adalah masa yg diperlukan untuk mengingat semula bahan bacaan yg sudah dipelajari.
2.TOPIK KECIL
-Cuba untuk fokus kepada beberapa topik kecil semasa mengulangkaji.Buat satu jadual belajar dan setiap hari ulang kaji topik-topik kecil.Cara ini membuatkan korang mudah untuk ingat dan hafal.
3.PELBAGAI DERIA
-Apabila membaca,kebiasaannya kita hanya menggunakan deria penglihatan.Kajian mengatakan,memori akan lebih terangsang untuk mengingati sesuatu ilmu dengan baik jika menggunakan semua jenis deria manusia.Sebagai contoh,sambil membaca(melihat),korang boleh menulis nota(rasa dengan jari).Ataupun,membaca sambil membuat nota dan mendengar muzik.Kalau boleh bunyian yg mampu menenangkan fikiran.
4.BANTUAN IMEJ
-Melihat gambar lebih memudahkan seseorang itu untuk hafal bahan bacaan terutama yg sukar untuk diingati.Sebagai contoh,lukis organ badan manusia jika itu menyenangkan korang untuk faham berkaitan kedudukan organ dalaman badan manusia.
5.CUKUP REHAT
-Pastikan korang mendapat cukup rehat sebelum memulakan ulangkaji.Dalam keadaan badan keletihan dan kepenatan hanyalah membuang masa korang.Sekiranya korang rasa badan penat dan susah untuk fokus kepada teks yg dibaca,eloklah sekiranya korang tidur sejenak,kemudian bangun semula bagi menyambung ulangkaji,daripada meneruskannya tanpa sedikitpun yg dapat korang ingat.
6.PETA MINDA
-Kaedah ini sangat berguna terutamanya ketika beberapa hari sebelum korang menghadapi peperiksaan.Kalau berkesempatan,cubalah membuat nota ringkas yg boleh dijadikan bahan rujukan sebelum melangkah ke dewan peperiksaan.
7.BERUSAHA,BERSABAR DAN BERTAWAKAL
-Sekiranya korang berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar,secara tak langsung dapat merasai keperitan untuk menimba ilmu malah lebih menghargai apa yg diperoleh.Kebiasaannya ia lebih mudah untuk ingat.Manusia bijak pandai dan berjaya lahir daripada susah payah dan kesungguhan yg tidak berbelah bagi sebelum menempa kejayaan.Ia tidak datang tanpa titik peluh dan itulah sebenarnya azimat kejayaan.
Nice Sharing!
ReplyDeletewahh.. nice tips..thanks for the info.. sgt membantu.. Farah sokong sume tuu..setakat nie Farah memang guna tips tuu utk menghafal.. and alhamdulillah berjaya :)
ReplyDeleteNice info :)
ReplyDeleteNice sharing and thank you so much for this info. ^^
ReplyDelete