SINOPSIS :
“Kalau
kau buta lagi bagus. Tak adalah nak menyemak buat masalah di sekolah
lagi.” Ain Syuhada, pengawas yang sebesar anak gajah itu ingin balas
dendam kerana ditolak jatuh ke dalam lumpur sawah.
Racun serangga jenama Redinsect segera disembur ke muka Aidil Zafran.
“Aku tak nampak apa-apalah!”
Ah,
sudah! Sungguh Ain Syuhada tidak menyangka racun serangga itu mampu
meragut penglihatan Aidil Zafran. Kalau dia sanggup jadi hamba tebusan
seumur hidup untuk membayar apa yang telah dilakukan kepada Aidil Zafran
pun, dia masih tak akan mampu melunaskan hutangnya itu.
“Jangan
muncul di hadapan aku lagi. Aku tak mahu dengar nama kau lagi. Apa saja
yang berkaitan dengan kau, aku tak mahu tahu.” – AIDIL ZAFRAN.
Cuma
kalau dah namanya jodoh, larilah ke penghujung dunia sekalipun, pasti
akan bertemu juga. Sebelas tahun kemudian… Aidil Zafran menerima seorang
pekerja baru di syarikatnya.
“Errr… Saya Ain… Ain Syuhada Ismail. PA bos.
AIN SYUHADA
muncul kembali dalam hidup Aidil Zafran tanpa dirancang sedangkan Aidil
Zafran tidak dapat mengenal pasti siapa Ain Syuhada. Dah namanya pun mr. blind!
Hati
Aidil Zafran diketuk perasaan yang luar biasa sewaktu bersama PAnya
yang menjaganya penuh kasih. Cinta mula datang walaupun tidak terlihat,
maklumlah cinta itu buta!
Pada
saat pernikahan Ain Syuhada dengan Rayyan Aziz dibatalkan, Aidil Zafran
datang dengan rela menjadi galang ganti. Namun, saat lafaz akad
dilafazkan, masih relakah dia apabila identiti Ain Syuhada terbongkar?
“Kau
sengaja nak perangkap aku, kan? Kau jangan ingat bila aku dah kahwin
dengan kau, aku dapat maafkan kau. Aku akan pastikan kau hidup merana,
Ain.”
Benarkah cinta itu hilang saat dendam merajainya?
kena sembur dengan Redinsect. kejamnya..
ReplyDeletecerita ni macam best je
@Nur Madihah : memang best..dah baca.. :)
ReplyDeletebelum pernah baca lagi novel ne
ReplyDeleteAda sape2 nak jual novel suamiku mr.blind
ReplyDeletePlease contact me 0176244655
ReplyDeleteAnyone nk jual new @ preluv novel smb
ReplyDeleteContact Sy 0127264309