Sinopsis
Danisha Sarah terpaksa menjadi ibu ekspres apabila dia menjaga sepasang
adik-beradik yang dia sendiri tidak tahu siapa bapa mereka. Yang dia
tahu ibu mereka meninggal dunia. Semakin lama menjaga, dia semakin
sayang mereka. Suatu hari, masalah melanda apabila dia mendapat surat
daripada peguam. Ayah mereka datang untuk menuntut hak penjagaan. Apa
lagi... mengamuklah Danisha. Namun, syarat diberikan iaitu Danisha harus
mengahwini lelaki itu. Pada masa yang sama, dia dilamar oleh seorang
lelaki yang tidak dikenalinya. Lelaki itu akan memberi mas kahwin
sebanyak RM22.50. Pening kepala Danisha sama ada menerima atau tidak
lamaran itu dan dia sendiri keliru lelaki yang mana berhak menjadi
suaminya.
tajuk nampak best..
ReplyDeletemesti best novel ni.kalau mas kahwin RM22.50 tu mask kahwin orang johor :)
ReplyDeletemacam best je! nak carilah kat kedai =D
ReplyDelete