skip to main |
skip to sidebar
16 FAKTA MENARIK TENTANG BAYI
1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.
2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi
pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi
membesar.
4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
6. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
8. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat.
Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta
semasa dilahirkan
9. Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya
sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau
masin dengan baik.
10. Jantung bayi baru lahir berdenyut
diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang
dewasa iaitu 60-80 seminit.
11. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
12. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
13. Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.
14. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah
dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan
serangga dan sebagainya.
16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.
hmm perkongsian yang menarik. :)kak fahz suka baca entry nie.
ReplyDeletetetiba nk ada baby...eh..?hahaha...best fkta ni..
ReplyDelete@Nur Fahz : terima kasih kak..:)
ReplyDelete@Lyeen De Syifa : kawin cepat2 kak..:)