skip to main |
skip to sidebar
BAYI DIHUMBAN DARI TINGKAT 5! PECAH KEPALA..'ANGKARA MANUSIA BERTOPENGKAN IBLIS'!!
KUALA
LUMPUR: Kekejaman jenayah buang bayi ibarat mencapai tahap kemuncak
apabila seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui mati dengan
kepala berkecai dipercayai akibat dicampak dari tingkat lima sebuah
pangsapuri di Sentul Utara.
Bayi berkenaan dipercayai masih hidup sebelum dicampak. Dipercayai bayi
itu dibawa seseorang ke tingkat lima pangsapuri berkenaan berdasarkan
kesan darah yang ditemui di tangga bangunan itu. Penduduk yang menemui
mangsa, Ahmad Azhari, 34, berkata ketika itu dia baru meletakkan
keretanya di tempat letak kenderaan di bawah pangsapuri berkenaan.
Menurutnya, ketika berjalan menuju rumahnya, dia melihat benda
seakan-akan bayi terbaring di tepi tong sampah di atas jalan.
“Saya pada mulanya menyangka benda itu anak patung, namun pelik apabila
melihat ada kesan darah. Saya kemudian berjumpa jiran yang berada
berdekatan dan menyuruhnya memeriksa objek itu dan terkejut apabila
mendapati ia mayat bayi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Jirannya, Mokhtar Ahmad berkata, ketika melihat mayat bayi itu dari
dekat, hatinya amat tersentuh kerana terdapat kecederaan teruk pada
kepala bayi itu. Tak sangka ada manusia tergamak melakukan
perbuatan kejam ini,” katanya yang melaporkan kejadian itu kepada polis!
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.
kejam sangat orang yang buat benda tu.. harap2 dia dapat pembalasan yang setimpal. kesian baby tu :(
ReplyDeleteanis nak share ni tau
ReplyDeletenangis..sedih..marah baca entri ni...kalau tak nak anak tu bagi aja la kat pasangan suami isteri yang tak ada anak...bodoh orang yang buang anak ni!
ReplyDelete