Perawatan Tubuh Selepas Mandi



Assalamualaikum..Za dah ada mood nak update entry petang ni..pagi tadi sampai tengahhari takde mood..entah naper..hemm..ok2 gi ke tajuk utama.jemput baca..:)

Kaki

Inilah bahagian yang sering diabaikan,sehinggalah kamu mula menyedari tumit sudah menebal dan merekah.Untuk merawatnya,sapukan segenggam garam basah atau batu apung pada bahagian yang kering.Kemudian urut kaki agar darah dapat berjalan dengan lancar.Gunakan minyak bayi untuk memudahkan urutan.



Siku

 Jika kamu tidak merawatnya,bahagian siku akan membentuk lapisan berwarna kelabu.Untuk mengatasinya,kamu perlu mencuba ramuan ini.Campurkan tiga sudu makan minyak almod,dengan tiga sudu makan oatmeal.Kemudian campurkan dengan rata dan tambahkan dengan susu segar atau yogurt.Akhir sekali,sapukan pada siku.



Belakang

Sapukan miny6ak bayi secara merata di belakang dan urut dengan gerakan memutar.Mulai dari tengkuk hingga ke sisi pinggang.Fokuskan urutan ringan pada bahagian pinggang kerana bahagian ini 'bekerja' berat berbanding bahagian lain.

Tangan dan Kuku

Sekiranya kamu tidak punyai masa ke salun,saat paling sesuai untuk melakukan manicure-pedicure adalah setelah berendam atau mandi.Saat ini,kuku dan kulit dalam keadaan lembut dan ia memudahkan kamu untuk membersihkan dan memotong kuku.Selepas itu tarik dan tegangkan jari dan lakukan urutan dengan minyak bayi.Lakukan secara lembut dan ulangi beberapa kali dengan gerakan memutar.

No comments:

Post a Comment

 
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.