Opss!Kamu sedang digoda!(versi LELAKI)

Assalamualaikum..Korang sedar tak korang sedang digoda oleh seseorang?Kalau tak,mungkin dah tiba masanya korang taw korang sedang digoda..Mana taw,orang yang korang minati tu pun syok kat korang jugak?korang tak bertepuk sebelah tangan la kan...jom baca 10 petanda yang diri korang sedang digoda..Bertindaklah dengan bijak lepas baca kat bawah ni taw..

1.DIA TAK SENANG DUDUK
- Sesetengah wanita biasanya akan menunjukkan petanda awal yang tidak begitu jelas dan kemudian mengharapkan korang mengambil alih peranan seterusnya.Jika korang berjaya mengesan petanda ini,hanya dengan sedikit usaha mampu membuahkan hasil.Biasanya tanda-tanda awal ini,ditunjukkan dengan berjalan mundar-mandir di belakang korang atau secara tidak sengaja terlanggar bahu sambil menjeling maja.Walaupun dia sekadar meminta maaf,itu adalah petanda yang perlu diambil tindakan segera.

2.TUNJUK MINAT
-Sewaktu berbicara dengannya,walaupun korang mengatakan perkara yang tidak munasabah,dia masih memberikan pandangan membina.Setiap isu yang korang timbulkan mendapat sokongan daripadanya.Sama ada memang korang pandai berbicara atau dia menaruh minat yang mendalam terhadap korang.Lebih-lebih lagi dia bermain-main dengan rambutnya*kalau pakai tudung,cek tak taw nooo...* sambil tersenyum manja setiap kali berbicara.

3.DIA MAHUKAN KESINAMBUNGAN
-Mungkin sewaktu korang pertama kali berjumpa,korang tidak terus keluar dan menghabiskan waktu bersamnya.Anggaplah ia sebagai permulaan kepada perhubungan yang lebih intim.Jika dia mencadangkan pertemuan semula,percayalah...segalanya terserah kepada korang.Namun,jangan tunjukkan korang terdesak untuk bertemu dengannya.Berikan nombor telefon korang untuk menilai kesungguhhannya.

4.INGIN MENGETAHUI DESTINASI SETERUSNYA
-Pertemuan yang tidak dirancang biasanya singkat dan mungkin korang mempunyai tempat yang harus ditujui selepas itu.Jika dia beria-ria ingin mengetahui lokasi korang,kemungkinan untuk korang terserempak dengannya lagi adalah tinggi.Memang itu helahnya..

5.DIPERKENALKAN KEPADA RAKANNYA
-Bermakna korang telah diterima masuk dalam hidupnya.Salah satu sebab mengapa dia memperkenalkan kepada rakan-rakannya adalah untuk memberitahu bahawa "Ini aku punya!", dan satu lagi sebab adalah untuk mereka menilai diri korang.Jadi,pastikan korang menjaga hati rakan-rakannya,namun jangan sampai dia cemburu.

6.MENJUAL 'DIRI'NYA
-Jika percakapan atau gerak-gerinya menunjukkan seperti dia sedang mempromosikan aset dan kelebihannya,bermakna korang sedang diberi petunjuk jelas olehnya.Secara tidak langsung,dia ingin membuat korang terasa yang dirinya berbaloi untuk dimiliki,sekurang-kurangnya untuk hari itu.

7.BERSIKAP TERBUKA
-Biasanya wanita tidak mendedahkan terlalu banyak maklumat tentang peribadinya.Hanya jika dia betul-betul berminat dan percaya korang,barulah segalanya akan diceritakan olehnya.Anggaplah ia sebagai petunjuk utama tentang keinginannya,terutama perihal jenama pakaian dalamnya juga turut diceritakan.

8.DI MATANYA HANYA KORANG
-Sewaktu menghadiri sebarang parti seperti parti hari jadi dan sebagainya,ada wanita yang hanya duduk menikmati suasana dan ada juga yang merayau-rayau seprti harimau mencari mangsa.Jika salah seorang kelihatan begitu tekun memerhatikan korang dan bertentangan mata beberapa kali bermakna dia menginginkan korang.

9.MEMBAYANGI KORANG
-Bukan mengatasi korang,tetapi seperti bayang-bayang korang.Ke mana sahaja korang pergi,dia akan mengikut.Dia juga menunjukkan minat yang mendalam terhadap percakapan korang walaupun tidak ada kena mengena dengan dirinya.Dia sebenarnya lemas dalam keinginannya untuk mendampingi korang.Berikanlah dia ruang untuk menunjukkan kemahuannya agar tidak lemas lagi.

10.DIAJAK KE TEMPAT LAIN
-Dia ingin meluangkan masa yang lebih privasi untuk bersama korang.Mungkin untuk berkenalan lebih lanjut atau untuk meluahkan perasaannya terhadap korang.Kata-kata manis dan bicara korang tidak lagi menjadi soal utama baginya.Kamu menjadi pilihan utama sebagai temannya untuk berapa lama tak penting.


p/s : Jika korang masih 'buta' dengan petanda ini,mungkin korang patut ulang baca dari mula..:P    

No comments:

Post a Comment

 
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.