Tanda-tanda pasangan curang

Assalamualaikum..Za nak ajar cam na nak korang nak taw pasangan korang curang..*macam pandai sangat nak ajar orang*hehe..

Kurang berikan perhatian
-Pada permulaan korang akan berasa perubahan terhadap diri pasangan.Misalnya,tidak lagi berbalas mesej dan mencuba mencari kesalahan korang walaupun kesalahan yang korang lakukan itu tidaklah sebesar mana dan mula bertindak menengking serta berbual secara sinis dengan memperli dengan kata-kata menyakitkan hati.
Menghabiskan banyak masa di tempat kerja
-Hal ini akan berlaku secara tiba-tiba dengan menghabiskan banyak masa di tempat kerja kemudian pulang lewat ke rumah.Ini sering terjadi kepada mereka yang sudah mendirikan rumah tangga.Tetapi janganlah berfikiran buruk terhadap mereka kerana mungkin benar mereka berkerja keras untuk beri kesenangan kepada korang.Sebelum membuat andaian buruk,siasat terlebih dulu untuk tahu perkara sebenar.
Bau
-Setiap pasangan yang sudah berkahwin akan mengenali bau pasangan mereka dan jika ada terdapat perubahan pada bau pasangan korang perlu lebih berhati-hati.
Jawab panggilan telefon secara sembunyi
-Sekiranya tiada perkara yang salah dilakukan,rasanya tidak perlu untuk pasangan menyembunyikan panggilan telefon mereka.Mereka harus berani untuk menjawab panggilan telefon di hadapan pasangan mereka.Ini adalah untuk megelakkan rasa curiga.Keputusan untuk hidup berpasangan juga bermaksud bersedia untuk berkongsi segala masalah,rahsia dan sebagainya.Jadi tidak perlu untuk dirahsiakan.
Layan internet sampai larut malam
-Zaman serba canggih ini pelbagai cara boleh dilakukan untuk curang.Salah satunya adalah dengan menggunakan kemudahan internet.Sekiranya sebelum ini pasangan korang tidak menghabiskan masa berjam-jam di hadapan internet dan secara tiba-tiba mereka melayari internet sehingga tengah malam,korang perlu tahu apakah aktiviti yang mereka lakukan di dunia maya itu.
Bil bayaran yang luar biasa
-Seorang yang cuba untuk curang pasti  akan menghabiskan lebih banyak wang.Ini adalah kerana sebelum ini wang hanya diperuntukkan hanya untuk seorang,apabila diperuntukkan untuk dua orang sudah pasti perbelanjaan akan semakin meningkat.Hal ini sering terjadi kepada orang yang sudah berkahwin.Pasangan tidak akan mengurangkan perbelanjaan terhadap isteri pertama sebaliknya hanya mengekalkan perbelanjaan yang sedia ada,ini adalah untuk mengelakkan timbulnya perasaan curiga.Mereka akan cuba untuk membelanjakan wang lebih banyak daripada menyimpan bagi menampung segala aktiviti mereka lakukan.

Tidak memakai cincin yang diberi
-Kebanyakan orang yang bercinta akan memakai cincin sebagai tanda cinta.Cincin juga adalah satu 'sentimantel value' untuk sesebuah pasangan.Boleh dikatakan kebanyakan lelaki akan cuba melihat cincin di jari wanita terlebih dulu sebelum memulakan agenda mereka.Kerana cincin melambangkan status empunya diri.Sekiranya pasangan korang sudah tidak memakai cincin yang korang berikan dan memberikan alasan yang samar-samar atau tidak kukuh mengapa mereka tidak memakainya,korang perlu mengesyaki sesuatu.

p/s : tapi jangan serbu tak pakai helmet kalau lepas baca ni betul2 ada pada pasangan korang.serbu dengan berhemah ye,, B)

3 comments:

  1. salam kenal blogger. jom join ga nina yea

    ReplyDelete
  2. eiii tatotnyaaa pasangan curang..mintak jauh...


    jemput singgah
    http://myaleo.blogspot.com/2013/04/mengidam-spaghetti.html

    ReplyDelete

 
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.