Ingin memikat playboy?


BERDIKARI
-Tak ada seorang boy yang menyukai girl yang hanya berdiam diri dan bergantung kepada pasangan.Sesekali tu bolehlah,tapi kalau terlalu kerap sangat,lama-kelamaan boy akan terus menyampah.Sebaliknya,jika lorang memiliki keperibadian yang menarik serta mampu menjadi seorang yang boleh berdikari,pasti korang akan menjadi pilihan utamanya.

CERDAS
-Bagi boy,seorang girl yang cerdas selalu jer mengagumkan dan menarik perhatian.Pada pandangan mereka,girl sebegini tidak pernah membosankan.Apatah lagi mampu menjadi teman berbincang di samping mengeratkan lagi hubungan cinta yang bakal berputik.

CANTIK
-Kenyataan ini memang tidak boleh disangkal lagi.Semua boy pasti akan memilih girl yang memiliki paras rupa yang cantik.Ini ada kaitan dengan ego sesetengahnya yang yakin senang berdampingan dengan mana-mana girl cantik.Namun tak semestinya korang harus mengubah penampilan 100%.Percaya tau tak,boy juga mendambakan girl yang memiliki kecantikan inner beauty dan bukan hanya kecantikan fizikal semata-mata.

MENGHARGAI PASANGAN
-Ini adalah antara faktor yang terpenting kalau korang ingin memikat mana-mana playboy.Jika si dia telah korang,hargailah dirinya sebagia pasangan.Maknanya,korang ikuti jer segala yang  dilakukan dan cuba menjadi pendengar yang setia.Sesekali cuba tegur kalau si dia melakukan kesilapan kecil.Kalau berhadapan dengan masalah,selesaikannya dengan cara yang lebih baik dalam suasana yang aman.

BERIKANNYA KEBEBASAN
-Kalau korang tak mahu diganggu semasa hang out bersama kengkawan,si dia juga memiliki privacy dan kebebasan apabila bersama kengkawannya.Biarkan si dia menikmati suasana tersebut dan jangan cuba merosakkannya.Percayalah..kalau berterusan begini,si dia akan semakin jatuh cinta kepada korang.

BERSAHABAT DENGAN KELUARGA & KENGKAWANNYA
-Selalunya boy mudah terpesona dengan orang yang boleh dekat dengan orang-orang yang penting dalam hidupnya.Bukan sekadar membantu ibunya di dapur untuk mengambil hati.Korang harus berusaha untuk lebih dekat dengan orang di sekelilingnya.Tunjukkan rasa simpati dengan penuh ikhlas ketika keluarganya atau kengkawannya ditimpa musibah.Dijamin kehadiran korang akan mudah diterima dengan baik oleh keluarga atau kengkawannya selepas ni.

MENCINTAI DENGAN TULUS
-Jangan pernah bermimpi untuk memaksanya mengubah penampilan si dia agar sesuai dengan kriteria yang korang mahukan.Boy paling tidak suka diminta untuk berubah,termasuklah disuruh pasangannya sekalipun.Cintailah dan terima si dia seadanya,maka korang akan menjadi satu-satunya girl yang paling dicintainya.
JADIKAN SI DIA LELAKI LEBIH BAIK
-Tanpa korang berkata sepatah kata pun,tiba-tiba si dia pula kan meras bersalah kerana kirang mengambil berat terhadap orang di sekeliling korang dengan sebaiknya.Atau tanpa pengetahuan korang,dia berusaha untuk mengambil hati korang sebaik mungkin.Jika ini terjadi,korang telah berhasil 'menakluk' hatinya dan mampu untuk membuatnya menjadi lelaki lebih baik.Tidak diragukan lagi,korang adalah pilihannya yang paling tepat!

p/s : dah baca?tolonglah kelik SINI . terima kasih..:)

1 comment:

  1. boleh diaplikasikan kepada lelaki bukan playboy juga za... ^_* wink...

    ReplyDelete

 
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.