Enam sebab kahwin usia muda

1.SUDAH ADA YANG BERKENAN DI HATI
-Apabila seseorang itu sudah berjumpa dengan insan yang mencuri hati,pasti mereka akan berusaha untuk mendapatkan gadis atau lelaki idaman tersebut.Bila berkenan,tanda akan dihantar ke rumah dan lebih menggembirakan lagi diterima oleh keluarga.Ciri-ciri juga sudah ada seperti baik,beragama dan cantik rupa paras.Paling penting apabila si gadis yang lelaki berkenan itu sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan juga seorang ibu yang hebat.Orangnya sudah ada,kenapa perlu ditangguhkan lagi?

2.INGIN MENJAGA MATA,HATI DAN AIB
-Memang benar perkahwinan bukan satu ruang untuk memuaskan nafsu semata-mata.Namun  kita harus ingat manusia ini diciptakan berpasangan dan dicipta dengan punya nafsu.Walaupun setinggi mana iman seseorang itu tidak mampu melarikan diri daripada zina.Untuk menghindarkan diri daripada berlakunya zina ini lebih baik mendirikan rumah tangga dengan pasangan yang mampu menjaga keharmonian sebaiknya.Mempercepatkan pernikahan agar terhindar daripada fitnah-fitnah itu.
 
3.MENCARI KETENANGAN
-Apabila mendirikan rumah tangga,jiwa dan perasaan akan berasa tenang tanpa perlu cemburu buta dan menuduh yang bukan-bukan terhadap pasangan kerana apabila berkahwin,sudah pasti pasangan sentiasa berada di hadapan kita tanpa syak  dan ragu-ragu dengan mereka.Terutama orang yang tersayang sentiasa berada di sisi sama ada waktu kita susah dan senang.Ketenangan dalam jiwa juga ketika beribadah akan hadir.
 
4.TEMAN DALAM PELAJARAN
-Ada juga di antara golongan pelajar yang masih muda mendirikan rumah tangga kerana untuk mendapatkan teman ketika belajar.Mereka yang berkahwin ketika masih belajar ini mengatakan bahawa,apabila belajar dan dalam masa yang sama menjadi suami,pelajaran juga semakin meningkat kerana membolehkan mereka belajar bersama-sama dan saling berlumba untuk mendapatkan keputusan cemerlang di dalam peperiksaan setiap semester.Bukankah ini satu persaingan yang sihat?
 
5.TEMAN DALAM KEHIDUPAN
-Setiap manusia memerlukan teman seperti Adam yang memerlukan Hawa dalam setiap ujian yang dijalani.Cuba kalian duduk seorang diri di rumah tanpa teman,pasti akan berasa sunyi lalu timbul perasaan cemburu melihat kawan yang mempunyai isteri.Terutama apabila sakit,seorang lelaki pasti memerlukan seorang isteri yang selalu ada di sisi untuk menjaga dan menemani.
 
6.SUMBER KEKUATAN
-Bila kita jatuh,ada seseorang yang sentiasa di sisi yang akan memberi semangat untuk kita terus bangkit berjuang.Alangkah indahnya mempunyai teman yang sentiasa  setia begitu.Walau dalam kesedihan dan kepayahan,si dia sentiasa ada untuk memberikan kata-kata semangat agar kita bangkit berjuang,terutama apabila hal berkaitan dengan isu krisis kewangan keluarga.    

1 comment:

  1. kawin muda ni tak salah pun asalkan tahu tanggungjawab dan komitmen yang perlu ditaggung.. kann? :)

    done follow your blog. follow kita ye :)
    http://fianceetobe.blogspot.com/

    ReplyDelete

 
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.