6 Aktiviti Reunion yg paling popular


Assalamualaikum..Bila dah habis sekolah,mesti tak dapat jumpa dengan kawan2 kan..Rindu saat berkumpul dulu..Bila ada masa lapang,mesti korang teringin nak kumpul semula atau lebih dikenali sebagai reunion.Kali ni Za nak kongsikan beberapa aktiviti yg korang boleh having fun together masa reunion..



JAMUAN
-Langkah awal yg korang boleh lakukan ialah mengadakan jamuan di rumah korang.Buatlah jamuan ringkas untuk menjemput kawan2 korang yg dah lama terpisah tu.Korang boleh hidangkan makanan istimewa atau masak makanan kegemaran diorang.Cara ni boleh menunjukkan korang gembira dengan kedatangan rakan secara tak langsung boleh merapatkan jurang antara korang.

BERKELAH
-Cara lain yg boleh dilakukan adalah mengadakan aktiviti perkelahan.Sebelum tu,make sure korang and kawan-kawan korang mempunyai masa terluang yg sama kemudian baru tetapkan tarikh dan tempat.Pilihlah destinasi perkelahan yg menarik seperti Pulau Langkawi dan Cameron Highlands.Kedua-duanya adalah destinasi menarik dalam negara.

HUJUNG MINGGU
-Ada ketikanya kita susah nak jumpa kawan-kawan yg mempunyai jadual kerja yg amat ketat ditambah pula masih baru bekerja,sudah tentu diorang susah untuk memohon cuti.So,lakukan aktiviti di hujung minggu dengan mereka seperti membeli-belah atau makan tengah hari.Itu pun dah memadai.

BERSUKAN
-Aktiviti sukan seperti futsal dan badminton turut boleh dijadikan aktiviti 'reunion' secara tak langsung dan boleh mengembalikan keakraban korang semula.

TENGOK WAYANG
-Kaedah ini langkah terbaik kerana korang boleh menonoton wayang beramai-ramai dengan rakan sekelas.Pilihlah satu tarikh sesuai dan jalan cerita filem yg menarik.

KARAOKE
-Aktiviti ini juga banyak dilakukan oleh golongan remaja.Apabila karaoke dapat mententeramkan jiwa dan dapat melupakan masalah yg mengusutkan kepala dalam seharian.Tak perlu suara serak merdu asalkan korang memperoleh kepuasan untuk menghabiskan masa lapang dengan rakan-rakan.


P/S : Guna lah masa yg terluang dengan baik ! :)

2 comments:

  1. teringin nak buat small reunion for my uni friends huhu

    ReplyDelete
  2. nak reunion boleh..tp jaga batas jugaa..nak karaoke laki pmpuan tak boleh campur :)

    ReplyDelete

 
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.