Cara penjagaan kasut kulit

ihsan dari google
Kasut kulit adalah antara yg menjadi kegilaan remaja lelaki.Oleh itu,penjagaan sempurna akan memberikan tanggapan yang baik kepada si pemakai.Bukan hanya menabahkan keyakinan kepada si pemakai,malah menarik perhatian mereka yg melihat.Kebiasaannya di Malaysia,pengilat kasut yg banyak digunakan adalah 'wax' dan cecair.Kedua-duanya ada kelebihan dan kelemahan masing2 taw..



WAX
-Pengilat ini boleh didapati melalui pelbagai jenama.Ada mahal dan ada yang murah.Pengilat jenis ini lebih berkesan dan menampakkan kasut lebih kelihatan berkilat.Tetapi,yang lecehnya korang kena guna bersama dengan berus.Lepas tu,korang kena biarkan ia kering..Kemudian,beberapa lapisan wax harus disapu untuk mendapatkan hasil yg lebih baik.

CECAIR
-Pengilat jenis ni lebih murah dan mudah.Ini kerana reka bentuknya yg mempunyai span di hujung adalah mudah digunakan dan untuk penyimpanan.Korang hanya perlu menekan hujung sapan tu pada kasut sebanyak beberapa kali dan korang akan dapat lihat cecair pengilat akan mengalir keluar.Malah hasilnya lebih memuaskan.


PENGILAT TAMBAHAN
-Korang boleh mendapatkan pengilat tambahan yg dijual di mana-mana kedai alatan.

PETUA TRADISIONAL
-Ada petua megatakan kulit pisang mampu mengilatkan kasut.Sila cuba untuk lihat kesannya!hehe..

JAGA BERUS DENGAN BAIK
-Pastikan korang jaga berus dengan baik untuk memastikan helaian bulu pada berus tidak rosak.Sekiranya tekstur berus telah berubah dan tidak rata,tukar yang baru.

SENTIASA MENGELAP DAN SIMPAN DI TEMPAT YG BETUL
-Untuk memastikan kulit luar kasut tidak mudah rosak,korang kena sentiasa mengelapnya dan jangan dedahkan pada persekitaran berhabuk atau lembap.

ELAKKAN MEMIJAK BAHAGIAN BELAKANG KASUT
-Korang taw tak kalau korang selalu pijak bahagian belakang kasut masa nak bukak kasut akan meyebabkan tulang utama kasut korang tu cepat rosak.       

No comments:

Post a Comment

 
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.