Gaya potongan rambut kena ikut bentuk wajah



Assalamualaikum..korang selalu tukar gaya potongan rambut tak?kalau selalu,korang dah pastikan yang potongan rambut korang tu sesuai dengan bentuk wajah korang?ataupun korang rasa main hentam ja asalkan nampak cantik..hehe..sekarang jom semak gaya potongan rambut yang sesuai untuk bentuk muka korang..


WAJAH BERBENTUK HATI
-Wajah berbentuk hati biasanya mempunyai dagu runcing.Disertakan 'jaw-line'(rahang) yang ketara jika dibandingkan dengan bentuk wajah yang lain.Bagi korang yang memiliki wajah berbentuk begini,disarankan potongan rambut yang tidak menutup rahang.Potongan rambut pendek,panjang atau kerinting tidak menjadi persoalan tetapi dinasihatkan untuk tidak menggunakan dandanan rambut yang sarat,tinggi atau 'heavy waves'.

WAJAH BUJUR
-Wajah berbentuk bujur kebiasaannya memiliki tulang pipi berserta dagu yang menyerlah.Kelebihannya ialah apa-apa potongan boleh diaplikasikan pada orang yang memiliki bentuk wajah ini.Selalunya wajah berbentuk bujur mempunyai pakej bentuk muka yang agak panjang.Jadi,disarankan untuk tidak mengenakan potongan 'spike' yang terlalu tinggi kerana menyebabkan ketidakseimbangan pada wajah.Potongan terlalu panjang juga adalah tidak disarankan.

WAJAH BULAT
-Bentuk muka ini ialah memiliki rahang dan dagu tidak ketara,malah ia membentukkan wajah bulat yang sempurna.Kebiasaannya,korang yang berwajah bulat mempunyai pipi yang kelihatan agak 'chubby'.Dandanan rambut yang tinggi bersesuaian dengan wajah ini kerana mampu seimbangkan bentuk wajah agar menjadi lebih cantik dan menawan.Potongan rambut terlalu pendek,tidak disarankan sama sekali kerana akan menyerlahkan bentuk bulat yang ketara.Elakkan juga potongan rambut tebal di bahagian pipi kerana memberi ilusi rambut yang kelihatan sungguh sarat.

SEGI EMPAT
-Wajah yang bersegi empat memiliki sudut garisan rahang yang ketara sehingga memberi bentuk bersegi.Bentuk wajah ini mempunyai kelebaran yang sama dari hujung rambut ke hujung dahi,antara kedua-dua pipi dan rahang.Potongan rambut 'layers' sesuai diaplikasikan bagi mengurangkan kesan bersegi pada wajah.Namun,potongan lurus dan rata tidak disarankan pada wajah berbentuk ini kerana akan memberi ilusi wajah yang sangat lebar kelihatan semakin ketara.

4 comments:

  1. akk muka bersegi, mmh selalu layers je...

    ReplyDelete
  2. muka akak bulat... ^_* kot??? ha ha ha, tak pasti, thanks for sharing za...

    ReplyDelete
  3. muka zara cmana ek ?? pasal rmbut ni.. zara suka keep pnjg jaa.. ^^ suami suka mcm tuu but kena titik bertkn jg perihal rmbt even btudung.. ^^

    ReplyDelete
  4. Lissa muka bulat rasanyaa.. err. tapi potiongan rambut x tentu hala. haha

    ReplyDelete

 
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.