Tips elak jadi mangsa kekasih pisau cukur



1.BUAT MUKA KERING
-Walaupun dipujuk rayu dengan kata-kata manis,jangan termakan janji manisnya.Perempuan juga jangan cepat tersentuh hati dengan wajah yang mereka tunjukkan kerana lelaki dalam kategori ini mudah dan pandai dalam memujuk rayu.

2.KENAKAN SYARAT KETIKA KELUAR
-Berikan beberapa syarat kepada teman lelaki untuk keluar dan jangan sesekali memberi muka kepada mereka dengan mengeluarkan wang sendiri.Jika dia yang mengajak keluar,biarkan teman lelaki yang mengeluarkan duit untuk berbelanja.

3.JAUHKAN DIRI
-Apabila terasa diri ditipu,cubalah belajar berjauhan daripadanya,mungkin ketika itu dia akan berasa perubahan pada diri korang.Lelaki dalam kategori ini juga tidak ikhlas dalam percintaan.

4.BERANIKAN DIRI KATAKAN 'TIDAK'
-Jika teman lelaki ingin meminjam wang dengan kerap,berikan alasan yang munasabah supaya diri tidak terjerat dengan lakonan palsu mereka dan berani suarakan pendapat dan katakan TIDAK andai teman lelaki tidak putus-putus mengganggu urusan seharian kerana ingin meminjam wang.

5.PURA-PURA TIADA DUIT
-Wanita juga  harus bijak dalam berpura-pura,terutama kepada orang lelaki yang suka meminjam duit ini.Jika diri sering kali dipergunakan untuk diminta wang,cubalah berpura-pura tidak mempunyai wang atau berikan seberapa banyak alasan seperti akaun bank ada masalah atau belum terima gaji.Mudah kan?

6.PUTUSKAN HUBUNGAN
-Nasihat juga tidak diterima dan tabiat itu masih berleluasa seperti malas bekerja hanya tahu meminta,putuskan saja hubungan dengan mereka.Jangan buat diri sendiri terjerat dengan masalah teman lelaki sehingga diri terjebak dengan konflik itu.Mungkin ada yang lebih baik menanti korang di luar sana. 



     

2 comments:

  1. putus terus ? :l fuhh..

    ReplyDelete
  2. siti !!..macamna kamu buang header transprnt tu..aku tak dpt buang..

    http://ssurianahyana.blogspot.com/2014/02/apa-ada-dalam-blog-ini.html

    ReplyDelete

 
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.