Tips pilih seluar jean

gambar hiasan semata-mata

Seluar jean?yes..seluar jean..mesti dalam almari korang ada kan?tipulah kalau tak ada langsung..Tapi,dalam banyak-banyak seluar jean yang korang ada tu,mesti hanya sepasang je yang korang teramat-amat suka kan?Yang lebih tu,korang pakai tapi jarang..Sebab tu,dalam entry kali ni Za nak kongsi sedikit tips untuk korang..Sebelum korang beli seluar jean,korang kenalah pastikan kelemahan bentuk badan korang,barulah dapat cari potongan seluar jean yang sesuai..Jom semak!

BERPINGGUL LEBAR
-Cari seluar jean yang berwarna gelap dan sedikit kembang untuk memberi keseimbangan pada bentuk badan.Untuk keselesaan pulak,korang cari seluar yang mempunyai regangan.Cuba elakkan potongan 'skinny',mempunyai pinggang tinggi dan potongan kaki lebar.Kemudian,lihat pulak poket pada seluar berkenaan.Jangan beli yang berpoket kecil kerana menampakkan pinggul korang kelihatan lebih besar.

BERKAKI PENDEK
-Korang nakkan keselesaan tetapi cuba elakkan membeli seluar jean yang terlalu longgar ataupun seluar jean 'baggy'.Seluar yang jatuh ke bawah pinggang membuatkan kaki korang nampak lebih pendek.Potongan lurus adalah yang paling sesuai untuk korang.Cuba titik beratkan panjang seluar jean korang iaitu ia harus di bawah buku lali kerana jean yang pendek tidak membantu untuk menampkkan kaki korang lebih panjang.Diingatkan juga untuk elak memasukkan baju ke dalam seluar.

BERISI
-Jangan sesekali membeli 'low-cut' atau 'jean skinny' kerana ia akan membuatkan korang berasa tidak selesa.Pilih seluar yang satu saiz lebih besar daripada saiz korang dan hantar ke tukang jahit untuk perbetulkan pinggangnya.Ia akan membuatkan seluar jean tampak terletak cantik di kaki dan pinggul korang.Cuba cari seluar jean yang ringkas tanpa corak.

TERLALU KURUS
-Pilih seluar jean yang berpotongan lurus dan ketat di bahagian belakang dan elakkan potongan kembang.Cari warna yang terang untuk menyerlahkan bentuk kaki dan pinggul korang tu.Pilihan yang terbaik adalah seluar 'skinny jean' yang panjangnya atas buku lali.


8 comments:

  1. dah setahun lebih xpakai jeans. rindu pulak tetiba bila bc entry :)

    ReplyDelete
  2. nice piece of sharing za... dulu pun akak ada share juga tapi yang bergambar saja... ini dengan penerangan...thumbs up...details... *_^

    ReplyDelete
  3. seriously pas kawen zara xda dah pakai jeans.. zara start munat pakai slack.. pastu tetiba suami blikn zara jeans ari tu.. size 28 dah xmuat.. upgrade pegi 30 dah.. hahaksss.. ^^

    ReplyDelete
  4. arina lepas berat naik dah x pakai jeans dah.. size pinggang dari 27 naik jd 28 terus stop pakai jeans huhuhu.. btw nice entry za :)

    ReplyDelete
  5. thanks for the info. Lama sudah tak pakai jeans.. =)

    ReplyDelete
  6. tapi xnak yang ketat.. macamana tu.. hehe

    ReplyDelete
  7. nice sharing. hana tak pandai beli seluar jeans nie. haha

    ReplyDelete
  8. Haha yang part ada satu jean yang kita paling suka tu the best. Memang betul btw useful tips. Hehe

    ReplyDelete

 
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.