Tips untuk rambut sihat dan lebat

Gambar hiasan semata-mata





Assalamualaikum..Setiap orang menginginkan rambut yang sihat dan lebat kan?Jom amalkan tips-tips di bawah agar korang mendapat rambut yang sihat...



HINDARI MINUMAN YANG MENGANDUNGI KAFEIN BERLEBIHAN
-Mengambil makanan dan minuman yang mengandungi terlalu banyak kafein dapat menambahkan masalah pada rambut.Untuk itu,hindari mengambilnya secara berlebihan seperti kopi,coklat dan minuman bertenaga.Korang mesti banyak minum air putih supaya kelembapan dan kesuburan rambut korang sentiasa terjaga.

BERHATI-HATI KETIKA MEMILIH SYAMPU
-Untuk mendapatkan rambut yang lebat,sebaiknya pilihlah syampu yang mempunyai label seperti ''extra body","volumizing shampoo","extra volume hair" dan "bodifying".Syampu yang tertera label berkenaan biasanya memiliki kandungan bahan kimia aktif yang dapat membuat rambut menjadi semakin lebat.

PROTEIN DAN VITAMIN MENCUKUPI
-Protein dan vitamin B memiliki kandungan yang sangat penting untuk pertumbuhan rambut.Kedua-dua kandungan nutrisi ini akan membuatkan rambut menjadi lebih subur dan lebat.Zat protein banyak terkandung dalam daging dan telur.Vitamin B pula banyak terkandung dalam sayur-sayuran hijau dan pisang.

RAWATAN KEPALA
-Rawatan seperti memicit bahagian kepala dapat membuatkan aliran darah kembali lancar.Disebabkan itu,pertumbuhan rambut tidak akan terganggu.Korang juga boleh menggunakan minyak zaitun untuk menyapu pada keseluruhan rambut.Minyak daripada tumbuhan itu memilki fungsi untuk menguatkan akar rambut serta menghindarkan rambut dan kulit kepala korang kekeringan.

MENGGUNAKAN LIDAH BUAYA
-Isi daun lidah buaya memang sangat terkenal untuk penjagaan rambut yang baik.Lidah buaya memiliki fungsi 'pelembap' yang dapat memberikan nutrisi tambahan pada rambut.Cara penggunaannya,tumbuk dua atau tiga helai daun lidah buaya yang sudah dikupas halus,lalu sapukan pada rambut dan kulit kepala.Kemudian biarkan selama 15 minit,selepas itu bilas dengan air bersih.

GUNA MADU LEBAH
-Madu adalah salah satu makanan kaya nutrisi yang memiliki sejuta manfaat bagi tubuh.Malah,madu juga banyak digunakan untuk produk kecantikan.Untuk mendapatkan manfaat madu bagi rambut korang,cukup sekadar satu sudu besar madu dan lumurkan pada rambut dan biarkan selama 15 minit.Bahkan ia juga akan menjadikan rambut kelihatan lembap dan kurang kusut.

GUNA DAUN PANDAN
-Selain berfungsi sebagai haruman pada makanan,daun pandan ternyata mempunyai khasiat kesihatan dan kecantikan rambut.Daun yang memiliki aroma wangi ini harus diambil daunnya untuk digunakan sebagai syampu.Caranya,rebus 5 hingga 10 helai daun pandan tua yang sudah dipotong dalam satu liter air.Selepas itu,segera angkat air mendidih yang sudah berubah kehijauan.Biarkan ia disimpan selama satu hari kemudian baru korang gunakannya..Selamat mencuba!

3 comments:

  1. lagi satu tipss jangan selalu sangat tukar2 shampoo...he he he...

    ReplyDelete
  2. err sy selalu tukar2 shampoo hehe

    ReplyDelete
  3. kadang2 nk pilih syampu yg sesuai pon susah. tu buat rambut rosak tu. ekeke

    ReplyDelete

 
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.