Kesalahan ketika memakai bedak asas


Assalamualaikum korang..kali ni Za nak kongsikan sedikit tips untuk korang yang gemar bersolek,atau yang sedang nak belajar untuk bersolek..hehe..Make-up yang paling penting untuk muka kita mestilah bedak kan..Bedak asas fungsinya untuk menutup cela-cela di wajah kita.Tapi kalau tersilap pakai,buruk padahnya.Jom baca kesalahan-kesalahan yg mungkin korang boleh perbaiki selepas ni..

SESUAI DENGAN KULIT WAJAH
-Pertama sekali,korang kena pastikan bedak asas yang korang guna tu bersesuaian dengan kulit wajah korang.Kalau korang tersalah memilih bedak asas,ia akan membuatkan kulit wajah korang ditumbuhi jerawat dan semakin kusam walaupun sudah dibersihkan.Apabila korang dah pasti bedak asas yang betul,mulakan sapuan bedak daripada bahagian pipi di bawah mata yer..

BEDAK DI BAWAH PIPI
-Seterusnya,pastikan korang menggunakan bedak asas yang cukup untuk satu bahagian pipi sehingga korang rasa dah tak perlu lagi nak tambah bedak asas pada bahagian bawah pipi korang tu..Ini akan membuatkan terdapatnya perbezaan warna antara pipi atas dan bawah.

GUNA SPAN YANG LEMBUT
-Kemudian,pastikan span yang korang guna tu bersih,lembut dan tak kotor yer..Sapukan bedak asas dari atas ke bawah pipi dengan gerakan menarik agar membantu membuatkan wajah korang kelihatan lebih natural dan bedak asas tak terlalu tebal.Ini akan membuatkan penampilan korang semakin menyerlah.

HANYA BAHAGIAN WAJAH
-Hindari daripada menggunakan bedak asas sampai ke bahagian leher atau tulang rahang.Cukuplah sekadar di bahagian wajah hingga ke dagu sahaja.Sekiranya korang mengaplikasikan wajah hingga ke bahagian leher,ia akan membuatkan sapuan bedak asas tampak lebih ketara antara kulit wajah dan leher yang lebih hitam.Inilah yang membuatkan kulit korang kelihatan berbelang.

5 comments:

  1. byknyaa brg mekap sis. hee :)

    ReplyDelete
  2. mcm tu rupanya. baru tahu mcm mana nk pkai makeup dgn betul. hehe. thanks for sharing ^^

    ReplyDelete
  3. Nanti post banyak-banyak pasal mekap I am beginner. Thanks for sharing ! :D

    ReplyDelete
  4. @NinaAz : eh,Za google je gambar tu..bukan makeup Za..hehe..

    ReplyDelete
  5. zara xpro sgt bab mekap ni.. just pakai bedak asa, celak ngan lipsctik.. done ! tp mmg tringin nak pakai alatan mekap yg lain2.. cuma nya zara xpndai.. huhuhu

    ReplyDelete

 
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.