Kenali ragam sahabat di sekeliling kita



Assalamualaikum..Korang mesti ada sahabat kan?Tapi sahabat korang tu dalam kategori mana?Jom kenali mereka..

TALAM DUA MUKA
-Eh!!Bukan talam yang hidang makanan tu..Tapi talam dua muka ialah nampak baik di depan macam pijak semut pun tak mati tapi bila di belakang kita,Ya Allah!!!Bukan main lagi sedap-sedap mengutuk.Kalau korang ada kawan yang perangai macam ni,tolonglah jauhkan daripada menceritakan mengenai orang lain dengan dia.Takut nanti dia sampaikan pulak kat orang tu.

CEPAT TERASA
-Kalau sekali-sekala takpa nak terasa dengan kata-kata orang lain,tapi kalau selalu susah laa kan..Think positive  kalau orang tu bergurau,mungkin dia nak menceriakan suasana je..

HIDUNG TINGGI
-Hidung tinggi kat sini bukanlah bermaksud hidung tinggi macam hidung mancung tu..bukan bukan bukan ye kawan2..Maksud kat sini mereka yang merasakan hanya dia yang paling hebat dan menganggap takda orang lain yang lebih bagus daripada dia.Apa yang orang cakap,semuanya salah je..Hanya pendapat dia seorang yang betul.Sahabat jenis ni jugak suka merendahkan kemampuan orang lain..

BATU API
-Harus dielakkan daripada terus berkawan dengan sahabat yang macam ni..Mereka antara kawan yang paling berbahaya terutama sanggup melihat kawan baik sendiri jatuh menyembah bumi.Memang kejam tak hingat dunia !

MENIPU DAN SUKA BERALASAN
-Susah untuk mereka bercakap benar.Kalau sekali dua mungkin boleh dimaafkan tapi jika sudah kerap,mungkin tiada maaf bagimu sayang~~haha..Malah pelbagai alasan akan diberikan untuk mengelak daripada terbabit dengan sesuatu urusan lalu menyusahkan orang lain.

HANGAT TAHI AYAM
-Perancangan dibuat sangat rapi dan pelbagai aktiviti yang ingin dilakukan apabila nak berjumpa.Tapi satu apa pun takda dan tak pernah jadik..Semua hangat-hangat tahi ayam je..

PANAS BARAN
-Kalau berkaitan dengan mengutuk dan memaki orang lain memang serah kepadanya.Tpi bila kena pada batang hidung sendiri,mulalah nak marah orang lain tak tentu pasal.Malah memang sukar bagi dia untuk mengawal rasa baran itu..

MENGUNGKIT
-Dalam sesebuah persahabatan,kita perlulah berkorban sedikit.Tak perlu nak berkira atau mengungkit selepas memberikan sesuatu pemberian kepada orang lain.Adatlah,kawan tengah mengalami kesusahan atau pokai,tak ada salahnya kita menghulurkan bantuan apa yang ada..


P/S : Lepas ni kena belajar berubah supaya kawan senang dengan kita..

3 comments:

  1. Lololo xD Seetuju dengan fakta ni

    ReplyDelete
  2. Hehe,, sakit hati sangat2 kalau berjumpa dengan yang jenis2 ini.. Haih, berkawan kenalah elok2.. Tak syok kan bila ada yang begini..

    ReplyDelete
  3. kalau jenis yang baik jumpe org2 yg mcm tu, terpakse laa pendam lam hati...wlu hati ni da sakit gler..huhu

    ReplyDelete

 
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.