Kadang-kadang lelaki ni mengada-ngada.Ada waktunya lelaki tak suka nak cakap apa yang boleh dan tak boleh tapi sangat berharap yang perempuan MESTI faham situasi mereka.Tpi manalah perempuan nak faham kalau tak diberitahu,betul tak?
Haa..dalam entry ni Za nak bagitaw perempuan yang bila masa MESTI faham situasi lelaki.Kalu pun jenis tak mudah faham tu,buat-buat faham sajalah yer..haha...
BILA LELAKI SIBUK
-Waktu ni,jangan pula korang terhegeh-hegeh nak minta si dia menjemput di tempat kerja,menghantar ke mana-mana atau temankan korang pergi shopping.Kalau nak kena marah,cubalah.Merajuk pun tak guna weyh..Sure tak dilayan.
BILA SI DIA EGO
-Jangan sesekali korang katakan yang si dia ego bila dia memang betul-betul tunjukkan dirinya ego.Sebabnya mesti dia takkan mengaku sebaliknya akan cakap dia bersikap tegas dan mempertahankan pendirian.
BILA DI PENAT
-Dah nampak dia tak bermaya tu,tak payah lah nak mengadu atau bercerita hal remeh-temeh.Biarkan dia berehat secukupnya.Nnti dia bosan degan korang kerana tidak memahaminya.
BILA TIBA-TIBA BERSIKAP ROMANTIK
-Haa..waktu ni,ajaklah dia bersiar-siar di tepi pantai atau makan malam yang romantik.Sambil tu ceritalah kenangan manis pertemuan pertama.Jangan lupa selit sekali perancangan masa depan.Bukan mudah nak dapat peluang macam tu.
BILA SI DIA CURANG
-Jika benar didapati dia curang,bersemuka dengannya.Jika si dia tetap dengan keputusan dan tak menagku,eloklah korang sendiri yang berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.Itu tandanya dia tak setia.Tak perlu tunggu lagi.
BILA SI DIA LURUS BENDUL
-Memang korang boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jangan sampai memperlekehkan setiap tindak-tanduknya.Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yang si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan orang lain.
BILA SI DIA SELAMBA DAN BUAT TAK PEDULI
-Cuba tarik perhatian si dia dengan buat sesuatu yang menarik minatnya.Lelaki jenis selamba ni selalunya mahu perempuan mulakan dulu.Jadi,rancanglah apa pun yang boleh membuatkan dia tertarik.
BILA DIA PENTINGKAN DIRI SENDIRI
-Ada kalanya lelaki mementingkan diri sendiri.Waktu ini jangan pula didiamkan.Perlulah berterus-terang dan luahkan rasa tidak puas hati korang dengan cara yang lembut.Mintalah agar dia juga mengambil kira perasaan korang.
BILA SI DIA MARAH
-Janganlah sesekali korang nak menambahkan panas hatinya.Waktu macam ni,lebih baik diamkan diri sehingga dia nampak cool.Jangan cuba-cuba nak beri nasihat.Silap hari bulan,jadi cerita lain pula.
BILA DIA MENGONGKONG
-Jangan pula korang nak memberontak,nanti buruk padahnya.Tapi kalau dibiarkan diri dikonkong akan merosakkan diri sendiri.Jadi,mintalah padanya agar membiarkan korang membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejaskan perhubungan korang berdua.
p/s : Lelaki pun kena faham situasi perempuan jugak ! :)
HEHE...betol2..bila tiba2 bsikap romantik tuh tak tahan tuh.. malu2 ayam plakk kalau kena usikk :D
ReplyDelete