Sinopsis
Pelbagai taktik yang dilakukan Tengku Azri untuk membuli Lily Athira
yang telah diambil Puan Adila menjadi anak angkat apabila ibunya, Mak
Esah meninggal dunia akibat darah tinggi. Bagi menguji kepandaian dan
kecekapan gadis itu, Tengku Azri sanggup merujuk majalah resipi dan
meminta gadis itu memasak menu pilihannya termasuklah membuat pelbagai
jenis sambal belacan walaupun dia sendiri tidak pandai memakannya. Puan
Adila yang sudah jatuh hati dengan gadis lepasan SPM itu berkeras
mahukan gadis itu sebagai menantu. Tengku Azri yang memang tidak pernah
melawan cakap mamanya menerima sahaja walaupun di sebalik itu ada
perjanjian. Namun akhirnya perjanjian yang dibuat itu memakan diri.
Dapatkah Tengku Azri memikatnya kembali?“Tok umi tu dari dulu dah sibuk nak jodohkan Lily dengan pak su, tapi mama tak layan kehendaknya sebab mama nak Lily jadi isteri Ayie. Tapi kalau Ayie rasa dia tak sesuai dengan selera Ayie, mama tak boleh nak paksa. Kalau Ayie pilih Azzah tu, eloklah lepas kahwin nanti Ayie tinggal dengan keluarga dia.” - Puan Adila
Nampaknya gadis itu sudah pun melepasi tahap bulinya. Apa yang diarah semua dia tahu membuatnya. Apa lagi hendak dilakukan untuk menguji kepandaian dan kecekapan gadis itu? - Tengku Azri
Sepanjang dia mengurus anak bujang Puan Adila, Tengku Azri diperhati hanya suka membulinya dengan kerja-kerja rumah. Kalau dibulinya aku setelah berkahwin nanti macam mana? - Lily Athira
sumber : http://www.bukuprima.com.my
p/s : macam best je..kena beli ni..:)
salam...dear, nvl ni best ke..?nk juga bca nnti klau best.. :)
ReplyDelete@Puteri Mama : Za tak baca lagi..hehe..nanti Za beli,Za update ye..:)
ReplyDeletemacam best je..nak beli lah ..hihi
ReplyDeletebest sgt!! dh bca novel ni :)
ReplyDeletebest sgt!! dh bca novel ni :)
ReplyDelete