Assalamualaikum..Kali ni Za na share tips bayar hutang..jom baca.
KIRA SELURUH HUTANG ANDA
-Kira jumlah kesemuanya dan tempoh yang perlu dibayar.Barulah korang dapat gambaran menyeluruh.
BERUNDING
-Kalau tak mampu,berbincang dengan pihak bank mengenai situasi kewangan korang.Biasanya bank ada alternatif.Mungkin boleh buat refinance bagi merendahkan bayaran bulanan.Alahh..PTPTN pun boleh jugak buat macam tu.
HUTANG WAJIB
-Pastikan korang bayar dulu hutang-hutang wajib dan kemudian bila ada duit lebih,bayar sikit-sikit hutang yang tak berapa wajib.
JUAL ASET
-Sekiranya aset korang yang dibeli melalui hutang tu membebankan korang,tak salah sekiranya korang jual balik dan cari yang lebih murah,kan?
TAMBAH PENDAPATAN
-Selagi kedudukan kewangan korang macam tu setiap bulan,selagi tulah korang dibebani hutang.Jadi,cari part time yang boleh mengukuhkan kedudukan kewangan.Bolehlah korang bayar hutang-hutang tu.Jangan lupa..kurangkan perbelanjaan dan potong perkara-perkara yang tak penting.
WANG SIMPANAN
-Sekiranya korang rasa perlu mengeluarkan wang simpanan untuk bayar hutang,keluarkanlah.Tapi ingat,jangan keluarkan semua.Cuma untuk bayar hutang okey!
JANGAN TANGGUH
-Masuk jer gaji,bayar hutang dulu.Kalau tangguh,mesti ada caj lain.Makin banyaklah hutang tu nanti.
KONSULTAN
-Jumpa konsultan untuk minta nasihat mengenai hutang korang.Mungkin ada penyelesaian lain yang lebih baik.
SKIM PINJAMAN
-Pihak bank ada menyediakan skim pinjaman untuk bayar hutang.Mungkin korang boleh buat pinjaman untuk bayar keseluruhan hutang dan kemudian korang perlu bayar balik dengan ansuran yang lebih murah.
DISIPLIN
-Ini yang paling penting.Kalau tak disiplin,sampai bila-bila pun hutang tak boleh settle.
TAPI JANGAN.....
-Pinjam Ah Long untuk bayar hutang sebab ia akan menambahkan lagi beban hidup anda!
No comments:
Post a Comment