Yogurt untuk cantik?



Assalamualaikum..Korang suka makan yogurt?Za pun suka..hehe..tapi korang taw tak yang yogurt boleh dijadikan sebagai bahan untuk kecantikan?Selain mudah didapati dengan harga yang berpatutan,yogurt juga rahsia terbaik untuk merawat beberapa masalah khusus untuk golongan remaja yang gemar bertukar produk berjenama bagi tampak lebih cantik dan kacak.Malah ramuan semulajadi ni juga sangat mujarab untuk merawat pelbagai jenis masalah kulit dan rambut.*banyak kelebihan yogurt ni ye*. Syaratnya,korang kenalah rajin dan disiplin merawat tubuh dan wajah korang tu..Antara kebaikannya dan kelebihan yogurt untuk diri kita ialah...



KULIT LEBIH HALUS
-Bagi yang mengalami masalah kulit kusam dan kasar,lakukan perawatan wajah dengan menggunakan yogurt dua atau tiga kali seminggu.Caranya amat mudah,sapukan seluruh wajah dengan yogurt.Biarkan selama 10 hingga 15 minit,bilas dengan air suam.Hasilnya wajah akan lebih cerah,lembut dan berseri.

ATASI KULIT TERBAKAR
-Sesetengah wanita dan remaja lelaki mengalami masalah kulit terbakar atau lebih dikenali sebagai 'sunburn' apabila terdedah terlalu lama di bawah cahaya matahari terutama jika bercuti di pulau atau pantai.Kesannya kulit akan menjadi merah dan mengelupas.Bagi merawat kembali kulit rosak,campurkan yogurt dan minyak pati bunga Chamomile.Gaul sebati dan sapukan di bahagian yang terbakar.Insha Allah akan pulih seperti sedia kala.

BANTU MENGECUTKAN JERAWAT
-Jerawat adalah masalah kulit yang biasa dihadapi tidak kira wanita atau lelaki dan mengikut peringkat umur.Kehadiran jerawat bukan saja menyakitkan malah ia juga mencacatkan penampilan wajah.Jangan susah hati,cuba gunakan petua ini.Bersihkan wajah,kemudian sapu yogurt secara nipis di bahagian berjerawat.Biarkan selama 30 minit,kemudian bilas bersih.Jerawat akan beransur kecut dan wajah akan bebas daripada parut.

LEBIH CERAH SEKATA
-Ingin memiliki wajah yang cerah sekata?Cuba ramuan istimewa ini dengan mencampurkan yogurt dan pati lemon.Gaul sebati,kemudian sapukan pada seluruh wajah dan leher.Lakukan tiga kali seminggu.Insha Allah,korang akan berpuas hati dengan hasilnya.Kulit tidak lagi berbalap atau tidak sekata sebaliknya ia akan lebih segar dengan warna kulit yang seimbang.

RAHSIA AWET MUDA
-Apabila wajah mula menampakkan garis halus,korang perlu bertindak segera mengekang proses penuaan.Tidak perlu ke pusat estetik untuk merawat wajah,cukup sekadar mencampurkan dengan minyak zaitun dan yogurt.Gaul sebati dan jadikan ramuan ini sebagai masker.Lakukan tiga kali seminggu,wajah akan menjadi lebih halus dan garis halus beransur hilang.

BUANG SEL KULIT MATI
-Yogurt juga boleh dimanfaatkan untuk mendapatkan kulit tubuh halus dan lembut.Caranya,parut timun kemudian campurkan dengan yogurt.Sapu pada keseluruhan tubuh serta wajah,biarkan selama 15-20 minit,gosok perlahan-lahan untuk tanggalkan ramuan itu.Ia dapat membuang sel kulit mati dan membuatkan kulit menjadi lebih lembap.

RAMBUT LEBIH SIHAT,BERSINAR
-Yogurt mengandungi banyak khasiat seperti kalium,kalsium,protein,dan vitamin D.Kandungan mineral ini akan membuatkan rambut lebih sihat dan  bersinar.Yogurt mampu mengatasi pelbagai masalah rambut seperti bercabang,kering dan kasar.Lumurkan yogurt pada rambut.Kemudian bungkus atau balut kepala dengan tuala.Perap selama 10 hingga 15 minit,kemudain bilas bersih..


P/S : Selamat mencuba untuk diri Za dan jugak korang.. :D

3 comments:

  1. terima ksih untuk tips ni..
    kebatulan ad yogurt dalam peti ais..hehee ^_^

    ReplyDelete
  2. fae x suka makan yogurt hehe yet i have to admit that it has many health benefits hehe

    ReplyDelete

 
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.